Berikut adalah kemusykilan yang mungkin difikirkan oleh anda ketika melawat blog ini. Diharapkan agar ruangan ini dapat menjawab sebahagian besar kemusykilan anda. Sekiranya ada pertanyaan lain yang tidak terdapat dalam ruangan ini, sila hantar ke bahagian komen dan kami bersedia menjawabnya.
S - soalan
J - jawapan
dibuat dulu, baru dapat barang. Bagaimana untuk mengelakkan dari ditipu?
J : Anda harus membuat kajiselidik latarbelakang syarikat/individu yang menjual produk di
internet. Periksa pendaftarannya dengan SSM dan Kementerian Kewangan (jika ada) dan
pastikan pendaftarannya masih sah. Segala bukti pembelian seperti slip bayaran bank
dan nombor transaksi online transfer adalah sangat penting untuk disimpan. Sekiranya
ditipu, bukti pembelian ini amat membantu mangsa untuk mendakwa penjual mengikut
lunas undang-undang.
S : Produk yang dihantar secara kurier berkemungkinan rosak semasa dalam perjalanan. Jika
kerosakan ini berlaku, bagaimana saya boleh mendapat gantirugi?
J : Jangan risau. Setiap produk yang dijual mempunyai tempoh jaminan masing-masing dan
yang penting sekali ialah caj kurier yang dikenakan adalah termasuk insurans semasa
penghantaran. Bermaksud insurans ini akan melindungi sepenuhnya produk yang
dihantar secara kurier. Pihak kurier yang dilantik akan bertanggungjawab atas segala
kerosakan produk dan proses penggantian produk mungkin mengambil masa,
bergantung kepada kecekapan pihak kurier bertindak. Namun, kejadian seperti ini
adalah sangat-sangat jarang berlaku.
S : Sekiranya produk yang dibeli bermasalah(rosak) dan masih dalam jaminan, apakah
tindakan yang patut saya ambil?
J : Anda boleh menghubungi pusat servis (service center) mengikut jenama produk untuk
mendapatkan bantuan lanjut. Nombor telefon boleh didapati di laman web rasmi pengeluar
produk berkenaan. Nyatakan nama syarikat (penjual), nombor siri produk dan tarikh
pembelian dibuat. Dapatkan pusat servis yang paling hampir dengan kediaman anda
kerana anda sendiri akan membawa produk yang rosak ke pusat servis berkenaan.
No comments:
Post a Comment