Tuesday 2 October 2012

TIPS BELI KOMPUTER BARU


Ini merupakan entry pertama untuk bahagian tips. Insya-Allah, mudah-mudahan menjadi panduan bermanfaat untuk kita semua, terutama sekali bagi mereka yang pertama kali nak beli komputer baru!

Komputer adalah satu benda terpenting dalam hidup kita sekarang ini dan telah mengalami revolusi yang tersendiri. Kalau dulu, penggunaannya hanya terhad untuk kerja-kerja pejabat seperti menaip surat dan sebagai tulang belakang sistem operasi mesin-mesin elektronik yang kompleks seperti di kilang-kilang. Namun, kini pengunaannya semakin meluas sebagai alat komunikasi, hiburan dan sosial!

Mari kita tengok apakah tips atau panduan membeli komputer baru.


1 - TUJUAN UTAMA

Kenalpasti tujuan anda membeli komputer - adakah untuk penggunaan peribadi sahaja, kerja di pejabat, perniagaan atau kombinasi dua tujuan? Pastikan anda benar-benar faham dengan tujuannya supaya pembelian komputer yang dibuat adalah sesuai dan tepat dengan situasi anda.

Contoh 1 : Sekiranya anda seorang pelajar IPT, anda sering membuat ulangkaji & asaimen & berhibur dengan komputer di mana2 sahaja termasuk di tempat awam, jadi anda perlukan komputer riba@notebook yang sangat mudah dibawa ke mana2.

Contoh 2 : Sekiranya anda seorang pekerja swasta dan hobi utama anda bermain permainan komputer berjam2 lamanya secara online di rumah sahaja, anda lebih sesuai dengan komputer jenis desktop atau PC.


2 - BAJET

Anda mesti tahu tahap kemampuan kewangan sendiri sebelum memutuskan untuk membeli mana2 komputer yang diingini. Jika bajet tidak menjadi halangan, maka lebih banyak pilihan boleh dibuat termasuk komputer tablet yang lebih mahal.

Tapi bagaimana dengan anda yang mempunyai kekangan bajet namun masih sangat perlukan sebuah komputer sendiri? Anda harus bijak berbelanja benda yang perlu dan bukan apa yang kita mahu. Asalkan ianya sebuah komputer baru dan sesuai dengan keperluan anda, itu sudah cukup bertuah!

Ketika entry ini ditulis pada Oktober 2012, antara model notebook termurah di pasaran Malaysia ialah Acer Aspire V5-431 yang dijual pada harga RM1099 sahaja. Spesifikasinya seperti berikut :-

Linpus™ Linux® - Intel Celeron (887, 1.50 GHz, 2 MB) - 35.6 cm (14") LED - 16:9 HD - Active Matrix TFT Colour LCD - CineCrystal - Intel - 2 GB DDR3 SDRAM - 500 GB Serial ATA - DVD - Writer - Weight (Approximate) 2.10 kg - Maximum Battery Run Time 4 Hour.

Untuk sebuah komputer riba baru dan bersaiz 14", saya fikir harga ini memang murah dan sangat berpatutan.

Bayaran boleh dibuat secara tunai, debit atau kredit, terpulang pada anda. Kalau saya, pembelian terbaik adalah secara debit - lebih selamat sebab tak perlu bawa 'cash' banyak2. :)


3 - SPESIFIKASI

Pada saya, spesifikasi komputer tidak terlalu banyak beza antara satu sama lain. Tapi perbezaan harga cukup jauh berbeza walaupun perbezaan spesifikasinya tidak banyak!

Contoh : Dell Inspiron 7420@RM2,799.00  V.S  Dell Alienware M17X@RM5,549.00

Dari segi harganya cukup berbeza, iaitu RM2750 atau 49%, cuba lihat sebahagian spesifikasi utamanya :-

Dell Inspiron 7420

  • 3rd Generation Intel® Core™ i7-3612QM Processor (6MB cache, up to 3.1 GHz)
  • Windows® 7 Home Premium SP1 64bit (English)
  • 14.0"(35.6cm) HD WLED True-Life (1366x768)
  • 8GB2 DDR3 SDRAM at 1600MHz
  • 1TB 5400RPM SATA Hard Drive
  • NVIDIA GeForce GT 640M DDR3 2GB
  • 12.7" SATA tray load DVD+/-RW
  • 1Yr Ltd Hardware Warranty, InHome Service after Remote Diagnosis
  • 2.38kg3


Cuba bandingkan dengan yang ini...


Dell Alienware M17X


PROCESSOR3rd Generation Intel® Core™ i7-3630QM Processor (6MB Cache, up to 3.4GHz w/ Turbo Boost 2.0)edit
OPERATING SYSTEMWindows® 7 Home Premium SP1 64bit (English)edit
COLOUR OPTIONSStealth Black with Soft Touch Finishedit
MEMORY12GB 1600MHZ DDR3 SDRAM (1 x 4G + 1 x 8G)edit
HARD DRIVE1TB 5400RPM Hard Driveedit
OPTICAL DRIVESlot Load 8X DVD+/-RW Drive with DVD+R double layer write capabilityedit
WIRELESS NETWORK CARDIntel® Centrino® Wireless-N 2230 With Bluetooth 4.0(MY)edit
WARRANTY1-year InHome Service with Accidental Damage Service








Paling utama, kita akan lihat kepada tahap processornya sama ada Core i3 atau i5 - bagi penggunaan normal. Bagi mereka yang lebih advance, tentunya Core i7 jadi pilihan.


HD DISPLAY14.0" (35.56 cm) WLED HD+ (900p) display (1600X900)
VIDEO CARD2 GB GDDR5 NVIDIA® GeForce®GT 650M using NVIDIA Optimus™ technology
BATTERIES8-cell Primary Battery










Dari segi spesifikasinya, kelajuan memori mengakses data Alienware melebihi 4GB dari model Inspiron 7420. Lain2 hampir serupa saja baik dari segi jenis kapasiti hard disk, saiz monitor, jaminan, mahupun kad grafik.

Jadi untuk tips spesifikasi, ambil perhatian terhadap jenis Processor (seperti Core i3, Core i5 dan lain2), kapasiti Hard Disk (minimum 320GB), Operating System (yang original), Bluetooth, Webcam, Card Reader, USB Port (minimum 3 untuk notebook, minimum 5 untuk desktop) & Warranty (minimum 1 tahun).

Bagi pengguna komputer biasa, spesifikasi minimum adalah memadai. Tapi sekiranya anda adalah pengguna komputer tegar seperti blogger, serious internet surfer (24jam sehari), peminat hard core permainan game, bisnes secara online atau pendek kata makan komputer, tido pun komputer - memanglah harus beli komputer dengan spesifikasi lebih 'advance' supaya beban aktiviti kerja yang dibuat dalam 1 masa dapat ditampung oleh komputer yang selayaknya.

Spesifikasi minimum - Processor Intel Pentium Dual Core, AMD Dual Core
Spesifikasi pertengahan - Processor Intel Core i3 dan Core i5
Spesifikasi advance - Processor Intel Core i7

Komputer berpotensi untuk 'hang' atau tiada respon atau lebih teruk - semakin perlahan sekiranya terlalu banyak aktiviti kerja atau beban kerja yang menggunakan banyak memori (RAM) atau ruang hard disk memandangkan keupayaan fizikalnya terhad. Jadi, pastikan anda membuat aktiviti kerja yang perlu sahaja dalam masa yang sama.



4 - BANDINGKAN HARGA DI BANYAK KEDAI 

Luangkan masa anda untuk membuat kajian harga berdasarkan spesifikasi & bajet yang anda telah pilih. Hal ini akan lebih menjimatkan masa anda. Pastikan anda membandingkan harga dengan spesifikasi yang sama walaupun tidak sama jenama supaya perbezaan prestasinya tidak jauh berbeza! Harga komputer boleh didapati secara online, iklan, katalog atau pergi sendiri ke kedai2 komputer.



5 - DAPATKAN KOMENTAR PENGGUNA

Atau dalam english disebut 'review' boleh didapati dengan mudah di internet. Walaupun ada yang bersifat berat sebelah atau strategi pemasaran, namun masih ada 'review' yang dibuat secara jujur. Jika anda berpeluang berbual2 dengan mereka yang arif tentang komputer dan kedai2 repair PC akan memberi kelebihan info buat anda.



6 - TAHU PUSAT SERVIS BERHAMPIRAN

Walaupun komputer baru, namun kebarangkalian untuk rosak tetap ada - sama ada rosak akibat perbuatan sendiri ataupun rosak akibat kecuaian pengilang (factory defect). Saya sendiri pernah mengalami situasi ini apabila membeli sebuah komputer desktop baru dan tidak sampai 2 bulan menggunakannya, hard disk telah rosak dan saya terpaksa menunggu hampir 3 bulan untuk kedai menggantikan hard disk yang baru!

Oleh itu, dapatkan info tentang pusat servis yang paling hampir dengan kediaman anda supaya mudah untuk urusan penggantian(sekiranya berlaku). Boleh dapatkan info melalui laman web rasmi pengeluar berkenaan.


Dan selalunya, kita akan bertanya tentang 'free gift' yang boleh didapati bila beli komputer baru. Apa yang boleh saya katakan, jangan terlalu fikirkan tentang free gift yang kebanyakannya berharga bawah RM20. Jangan disebabkan free gift bernilai RM20, anda mengabaikan kualiti komputer yang sepatutnya anda dapat.

Tips ini hanyalah pandangan peribadi saya sebagai pengguna dan penjual komputer. Berhati-hatilah dan selamat membeli! :)